Monday, December 19, 2011

Items For Rent

Assalamualaikum.


Maaf sangat2 sebab gambar blur. Tab tu yang circle tu ok?

Just to let you know that tab dekat atas tu (Items For Rent) dah siap. I mean, I've put some items for you to rent (if you interested) Mostly permintaan yang paling banyak was my engagement veil. But last2 customer tak jadi ambik with their own reason. I guess mayb diaorang tengok the colour tak match with diaorang punya baju kot? Or tak sure la Ayu.

Masih terfikir what else should I rented out? Agak2 ada ke orang nak sewa my small pillow which I used as my hantaran deco? [post] Haha.

Anyhow, itu saje entry kali ni.

{From Ayu with ♥}

Friday, December 16, 2011

Detailed Scan

Remember that I have to postponed my check up on this [post]? It has been postponed to a week after. Memang tak sabar2 dah nak jumpa doctor sebab terlalu banyak nak tanya dengan doctor. Alhamdulillah the baby and I, both fine. Syukur. And this time around memang dah confirm the gender of our little sweet pea. Actually dah tau before this. We just want to double confirm je. Hee~~~

This time around, I gained 3 kg from the previous weight. This detailed scan tooks about 1 and half hour. Lama kan? Tapi seronok sebab dapat tengok baby dalam perut lama2. Cumanya, time doctor nak scan 3D untuk muka baby, baby asyik cium uri je. Nampak macam dia peluk bantal busuk. Hee~~~ Adalah sekali je dapat tengok dengan jelas tapi tak puas! The doctor pulak tension sebab tak dapat nak tengok muka. Haha tak pela. Kali ni dia malu.

Bila nak balik tu, boleh pulak doctor tanya

"Vitamin yang doctor kasi tu dah habis"
"Dah"  
Jawab dengan riang gumbira! 
"Ok nanti saya kasi lagi"

Huwaaaa... Ingatkan doctor nak kasi vitamin lain. Sekali vitamin yang sama! Bukan ape. The tablet was so big tahu tak? Kadang bila Ayu nak telan, Ayu rasa nak muntah balik. But baby punya pasal, Ayu telankan jugak cuma rasa sakit sikit la. Rupanya doctor kate this pills I have to take until the 9th month of my pregnancy. Double huwaa.... :'(

So far alhamdulillah both baby and I were fine. The baby's growth pun doctor cakap ok. Not too big not too small. Cuma ada 1 problem je. My Rubella tak cukup. Dulu masa form 3 ada je Ayu ambik. How come boleh sangat2 kurang plak ni? My rubella was 0.8 sedangkan normal rubella will be >10. Jauh kan gap dia? But the doctor said it's ok since my baby's growth pun semua ok. Just she remind me to take another rubella right after delivered nanti. Ok noted doctor. 

Next chek up will be on the next year. Tak sabar jugak. Dah ada a few questions nak tanya doctor ni.


I have my own personal screen atas katil tu. The rest like 5rz & doc have to share the screen. :D


{From Ayu with ♥}

Monday, December 12, 2011

Review Ombak Rindu

Assalamualaikum.


Taken from google


Ombak rindu BEST! Haha tak menyempat kan? I never read the novel. Tetiba tau pasal this film dari abg Nara. And then ramai pulak yang duk cakap Ombak Rindu ni best la bagai2 kan? Ok terus teringin nak tengok. Ajak 5rz tapi boleh pulak dia tak mau until one day dia cakap

"Ombak Rindu sayang tu sold out eh?"

Ombak Rindu sayang tu... Ntah bila den buat filem tu ntah. Then I replied

"Tu la. Cite tu ramai kate best. Sampai sold out. Jomla jomla"

Tapi 5rz still tak mau tengok. Last2 tanpa dirancang, after work terus singgah Mid Valley. Tak kira! Ayu nak tengok gak. Nasib baik 5rz ikut je untuk tengok filem tu. Dan ternyata 5rz pun suka filem tu. Dia kate, apa yang membuatkan filem tu best sebab watak yang Maya Karin bawak tu sangat hidup and kalau watak Maya Karin tu digantikan dengan perempuan lain pun tak tentu boleh hidup watak Izzah tu. I think betul jugak tu. 

Personally Ayu memang suka sangat2 filem ni. I think sebab Ayu tak pernah baca novel dia so that's why buat Ayu suka dengan filem dia. Sebab Ayu compared filem Ombak Rindu dengan Lagenda Budak Setan. Bagi Ayu, filem Lagenda Budak Setan tak sehebat filem Ombak Rindu. Ni mungkin disebabkan I've read the novel and the novel itself was superb menyebabkan Ayu expect more untuk filem. But filem Ombak Rindu pulak was the other way around. Yela maybe sebab Ayu tak pernah baca novel Ombak Rindu and tetiba tengok filem dia. So, yeah, Ayu bagi 4.5 / 5 bintang untuk filem Ombak Rindu. 

Ayu ada tanya dengan kawan yang pernah baca novel Ombak Rindu and tengok filem tu sekali and some says filem Ombak Rindu tak berapa best and some says best. Here's my comment for the actress/actor

Maya Karin - Watak dia sangat hidup and I have to agreed with my hubby saying that no other actress can replace her plays as Izzah. And Maya Karin pakai tudung sangatlah ayu. *melt*

Aaron Aziz - Pun hidup jugak cuma dalam filem ni dia banyak mengeluarkan air mata. *Auwww* Adegan peluk2 pun sangat banyak. Ape perasaan wife dia agaknye eh? 1 scene peluk tu kena wat banyak2 kali kot. Oh my, kalau Ayu la kan, jealous gila kot. I guess wife dia pun dah biasa. Huhu

Lisa Suriani - I think dia tak berapa sesuai untuk watak Mila. And why is she looks so skinny minny? My fav quote in Ombak Rindu was from her line "Itu bukan redha namanya. Itu pasrah. Redha tu ikhlas. Pasrah tu menyerah" 

Bronte Palarae - Kesian watak dia ni. Lakonan dia pun hidup. 


So, siapa tak tengok lagi Ombak Rindu, pergilah tengok. Tak tau la kalau korang tak minat pulak kan filem ni but for me, Ombak Rindu best. Official lagu Ombak Rindu pun best! Me loike! Ada satu lagi lagu yang Hafiz AF nyanyi. Tajuk dia, Untuk Kamu. That one best jugak.




{From Ayu with ♥}

Friday, December 2, 2011

The Walking Dead

Siapa dekat sini peminat cerita2 zombie? Me! Me! Ayu penakut. Dulu everytime movie hantu keluar tayang dekat panggung, Ayu teringin nak tengok, tapi takut bila mengenangkan nak tido sorang nanti. Now, worry no more sebab dah ada 5rz dekat sebelah. Hee~~ Tapi, since dulu walaupun Ayu tido sorang, everytime ada movie zombie, Ayu mesti nak tengok. Kira takut2 Ayu ni, Ayu boleh la nak tengok cita zombie.

And then siapa sini peminat setia cerita 'The Walking Dead'? Me! Me! Now dah season 2 and tonight, the last episode of this season. *sobs*sobs* After this tak tahu nak tunggu bila for the next season. Anyway, episode malam ni Ayu dah tengok dah through internet. My my my. Best dia punya ending! I never expected it will be like that. Serius ending best!  Should I tell you? Should I? (Ceh! sekali korang tengok rasa biasa je kot?) Korang akan rasa ending tu best kalau korang memang layan cerita ni dari mula la ok?

The Walking Dead ni based on comic. Kalau korang baca comic dia and tengok muka dalam comic tu, serupa dengan watak2 yang dimainkan dalam tv. How weird is that?

Tengok watak kartun dekat belah kiri and watak real dekat belah kanan. Sama x? Besarkan gambar ni.

Ni pun. Sama kan?

And sebenarnya I only knew about cerita ni masa season 2. That's mean I missed the first season. Apa lagi, marathon tengok la dekat internet the first season tu. After tonight, dah tak tahu dah nak tengok cerita apa. Tunggu next season pulak la which is tak tahu cepat ke lambat ke. Oh sungguh tak sabar!

Part ni sedih. Kakak dia tunggu je sampai adik dia bangun semula sebagai zombie and then shoot adik sendiri.

Jom tengok ramai2 malam ni. Star Movie at 2300 hours (new episode) and at 2200 hours (previous episode). Ayu paling suka ending dia! Duhh!! How many time did I already mention about this?

Ni teaser utk ending malam ni. Ending yang paling Ayu suka2 tu. :D

ps:// All pics ambik dari google saje.

 
{From Ayu with ♥}

Tuesday, November 29, 2011

Baby Expo

This is a really late review. Haha :D


We've been waiting for this for long time. I know about this expo pun from 5rz. Peka pulak dia dengan benda2 macam ni. Heee.

Ok before that, from what I known dari previous [post], most of you ingat saya baru expecting kan? Hehehe. Actually sudah berbulan-bulan dah cuma tak pernah cerita di blog. Siapa yang tahu tu, tahula. Jadi, mari teka berapa bulan dah saya?


Singgah Secret Recipe sebab teringin milk shake 

Back to the story, we went to baby expo on Friday. Memang dah ambik cuti siap2 sebab kebetulan nak ke PTPTN settle kan ujrah. The main reason ambik cuti adalah sebab Ayu ada appoinment doktor tapi last min doktor ada hal lain. So, postponed. Alang2 dah cuti, ke baby expo la kita. Ya Allah satu hari suntuk dekat expo. 3 kali trip di sana tapi the first trip dalam more than 5 kali keluar masuk hall itu ini (Faham ke ape maksud den?)

Before that memang dah sediakan baby list. So senangla nak beli apa. But of coz la tak semua benda kami dapat grab. But we manage to grab a few. This is by far the first purchase for our little sweet pea. Teruja memang la teruja!


Tangan kiri tu my baby list. Teruja tengok belon atas tu. Kalau jatuh atas Ayu kan best!

Also, kami dapat attend breathing class secara percuma time expo hari tu. Tak tahu menahu pun pasal class ni tapi ada orang datang approach. So we both decided masuk jela class tu. The main point of the class was to relax all the time. You know like breath in breath out bagai tu. Plus diaorang ada ajar cara senaman nak breath in out secara betul. Also about the false alarm time nak deliver. About this false alarm ni lain entry insya-Allah Ayu cerita. At the end of the session, ada quiz and siapa jawab betul akan dapat baby's blanket. Warna pink lagi. I did manage to answer 1 question tapi sebab Ayu tak angkat tangan, so tak dapat la blanket tu. Kalau tak, sure dah dapat 1 blanket free.


This are all the total damage from the expo + Jusco Mid. Mind the wayar serabut bagai2 tu


Tapi first2 barang baby yang kami terima as a gift (from SIL) adalah the baby cot. Not a new one but still useable. Yang penting alhamdulillah dapat save tak payah susah2 beli baby cot.


Ok bedding set for baby dah beli. By looking at the colour, can you guess whether I'm carrying a mini me or a mini 5rz?


Cepat2. Soalan minggu ni adalah (tetiba ada quiz mingguan pulak)

  1. Berapa bulan dah saya pregnant? Clue, sila tengok ticker di blog (kalau dapat cari)
  2. Is it a boy or a girl? Clue, twice mention in my twitter.

{From Ayu with ♥}

Monday, November 21, 2011

Period Pulak Selepas Mimpi Pregnant


Beberapa hari selepas saya mimpi about me being pregnant tu [post], period datang la pulak. Kebetulan masa tu tak prepare (mayb lupa nak tengok calendar) I went to 5rz yang time tu tengah sibuk main game.

"Hmmm syg period"

5rz dah buat muka sedih. Masing2 diam frust. Ayu pulak time tu dekat rumah in laws and since dah lupa nak tengok calendar, lupala nak prepare bawak pad. I always spare a panti liner inside my hand bag and kebetulan time tu memang nak bermalam rumah in laws (of course memang ada spare panti liner) But a panti liner boleh hold berapa jam je. In my case depends la. Paling lama dia boleh hold 1 full day (kebiasaannya the first day tu tak heavy flow for me) Ayu ajak 5rz pergi kedai untuk beli pad tapi time tu 5rz dah tak ada mood nak keluar. So I told him to buy me a pad esok pagi2. He agreed.

Pagi esoknya, Ayu kesian pulak tengok 5rz macam penat je. So Ayu pakai pad adik 5rz je. Dah settle masalah. Lagi plak malam hari yang sama tu kami dah nak balik rumah. So tak payahla nak beli pad baru bagai sedangkan stock pad masih ada di rumah. Jadinya, hari itu diteruskan seperti biasa.

Bila Ayu ke toilet, Ayu tengok period ada sikit daripada semalam which is tak logic. Masa tu I almost nak happy gile kot sebab Ayu memang dah tau about the implantation bleeding. Walaupun dah tau about it, I still googled and read over and over again. Then I told 5rz about this tapi time tu 5rz tak berharap sangat la.

Then esok2 nya memang the period stop and Ayu meneruskan hari macam biasa. Tak ada pun nak try buat test ke ape sebab tak nak terlalu berharap la konon. I count my period and masa tu dah missed dalam 2 hari. Called Niza and she suggest to do the test. Tapi Ayu tangguh tunggu sampai hari ke 3 ke hari ke 5 ntah. Lupa.

Satu hari tu, bila all my work settled and tinggal beberapa jam lagi nak abis office hour, I googled lagi about the implantation bleeding tu. And this time around Ayu memang dah set nak singgah KLCC untuk beli pregnancy test tu. I know that we must do the test early in the morning but I've also heard that kalau nak wat during what time pun boleh just don't take any foods or drinks for few hours. So masa kat office tu, even tho Ayu rasa nak minum air kosong sekali pun, Ayu tahan je dulu.

I texted 5rz cakap Ayu nak ke KLCC kejap nak cari kasut (memang nak cari kasut together with the pregnancy test la. Cuma cakap ngan 5rz nak cari kasut je) Sampai KLCC Ayu blur. Nak cari dekat farmasi tapi dekat mana? Kena tanya counter ke? I texted Niza and Niza kate yup kena tanya counter. So masuk la dekat farmasi tu tapi segan nak tanya. Boleh macam tu? 2 3 kali round depan farmasi cari ayat yang sesuai nak tanya. Hahaha. Sudahnya beranikan diri and tanya

"Pregnancy test dekat mana ye?"

Ya Allah depan Ayu je. So Ayu tengok banyak jenama and of course the famous one ialah Clear Blue tu. Tapi harganya mahal la for sure. Then I asked the SA, which one yang better? SA tu tanya Ayu dah missed period berapa hari? Ayu cakap la 3 5 hari then she suggest untuk ambik certain brand ni. Actually SA tu kasi brand yang murah2 sebab nampak dia macam tak confident yang Ayu pregnant. So I settled down with this. 


Beli 2 tapi guna satu je. 
On the way home, 5rz and I singgah kat rumah mak teh kejap and mak teh jamu goreng pisang. Ayu teringin nak mam tapi Ayu tahan sebab tak nak spoiled kan my urine later. Then bila balik rumah, Ayu dah plan. Buat urine test and then sementara nak tunggu result tu, mandi. After mandi baru tengok result. Konon2 nak slow and steady la. Tak mo excited sangat. Sekali bila wat urine test and the result was like so fast sampai wat Ayu tergamam. 


Keluar dari toilet and show the test kit dekat 5rz. 5rz tenung kit tu then dia cakap


"Apa ni?"


Then I show him kotak test kit tu and he started reading the box. Sekali lagi dia cakap 


"Apa ni?"


Ya Allah boleh pulak laki haku tak paham. Then I told him


"B tengok la kat sini. (sambil tunjuk kat kotak kit) 1 line not pregnant, 2 lines pregnant. So tengok kit tu 1 line ke 2 lines"



5rz dengan blur2 tengok kotak and tengok test kit tu. Then dia senyum. Dah dia senyum tu, I know that he knows what it mean la kan? Then dia cakap


"Betul ke ni?"


I just smiled. Then biasalah adegan hug2 semua tu sebab good news kan? After that I continued having my shower and masa Ayu mandi tu si 5rz boleh pulak baca arahan2 dekat kotak tu siap baca kertas dalam kotak tu sekali. Then dia tanya


"Bila beli ni?"
"Tadi kat KLCC"

"Tadi kata nak cari kasut."
"Dah kasut tak de, carilah benda ni."


Even tho time tu we know that we're expecting, tapi we wait until the confirmation from doctor, then baru we both bagitau kat both parents. =) 


 ps:// Apa yang membuatkan Ayu yakin nak wat pregnancy test was not because I missed my period. But actually, the bleeding tu yang meyakinkan Ayu. Zaman anak dara dulu selalu je period lambat. But that bleeding Ayu tak pernah pulak merasa. 


{From Ayu with ♥}

Friday, November 11, 2011

Wedding Review (DIY Walkway)

Still remembered conflict between one of my vendor and me? [post] Ayu dah down sangat2 pasal kes tu. Ramai je yang kesian dengan Ayu. Ada yang beri positive comments. Thank you very much. Masa tu dalam fikiran Ayu dah fikir, tak pelah takde walkway pun. Lantak jela. Ayu dah berkira-kira nak DIY walkway menggunakan tisu ikea tu dengan doily, but at the same time Ayu fikir, cukup ke masa Ayu nak buat walkway sepanjang-panjang tu? Bila cerita masalah dengan Niza, Niza willing to help. Tapi dalam hati Ayu ni rasa macam kesian pulak nak susahkan orang lain. Until I saw this comment. Comment Anon tu memberi peransang untuk Ayu.


Whoever you are Anon, thank you very much!

Betul ape yang dikatakan oleh Anon tu. At least benda tu jadi before the event. So, I still boleh cari other alternatif. Sempat tak sempat, cukup masa atau tidak, cuba dulu. Just imagine kalau mala petaka tu datang on the day itself? Sure Ayu menangis dekat2 situ jugak kan? Thanks Anon sebab naikkan semangat Ayu balik. With the help of my friends and cousin, sister semua la, terciptala DIY walkway Ayu. Alhamdulillah. 

Right after nikah hari tu, terus tukar baju and get ready pergi dewan untuk pasang siap2 DIY walkway tu. Kesian kat Ayu kan? Yela dah tak ada budget nak sewa walkway, terpaksa guna cara macam ni. Selesai pasang DIY walkway ni time Maghrib. Then balik rumah. 


Ni dua orang kuat yang tolong Ayu wat my DIY walkaway since the beginning, my SIL and Niza 
The next bride to be in December. Sapa lagi kan kalau bukan yang pakai jeans tu
Close Up
After done =)

Nak tengok hasilnya bersama red carpet? *jeng3x* (Macam cantik gile pulak)

Better la than nothing kan?

Tapi bila dah terlalu banyak tetamu yang datang, my DIY walkway tu terus jadi macam ni ha.




Yela walkway dah dekat kaki. Kecik pulak tu. Nak buat macam mane kan? Sedih time Ayu berarak tengok walkway dah jadi macam tu. Tapi Ayu suka the outcome. Still nice kan? Selesai majlis, satu lagi masalah yang timbul. Double sided tape yang kami lekat dekat lantai tak mau tercabut. Sudahnya, kami terpaksa sental dengan berus baju. Family Ayu bersusah payah sental2 lantai dewan tu. Terharu. 




The bride pun turut serta. Huhu

ps:// Nanti Ayu cite lagi pasal vendor tu. Ada je lagi benda yang Ayu still tak puas hati dengan dia. Sudah! Later.

{From Ayu with ♥}

Tuesday, November 8, 2011

Wedding Review (My Maid of Honor aka MOH)

I have 2 different MOH. One for my nikah and another one for my reception. Both were doing a great job I would say. For nikah, I choose Niza sebab memang awal2 dulu dah plan, I want Lina to be my MOH for my reception. Tapi, nikah ke reception ke, both buat kerja when necessarily. Like for example, even tho time nikah, Niza yang jadi my MOH, tapi at the same time Lina pun took part jadi my second MOH like tenangkan hati Ayu, betulkan make up Ayu, etc and vice versa. Senang deal with both of them sebab diaorang memang dah paham perangai cerewet Ayu, apa yang Ayu nak semua. Niza was my school mate since I was 14 while Lina will always be my nyah. Been knowing her since Diploma and also my ex room mate.

From left to right: Lina, me and Niza

Lina altering my shawl

And also my make up even tho Niza yang jadi MOH time nikah



Niza helping me with the shoes on my reception

Must be something funny that Lina and I we talked about 

Lina and Fauzi

Fauzi adalah adik 5rz. Dia jadi pengapit untuk 5rz. Niza and Lina memang dah biasa jadi MOH for others but Fauzi, I think this was his first time. Nampak blur but everything ok. Takdela dia tinggalkan abang dia sorang2. I still remembered 5rz said this to Fauzi

"Pojie, apa2 yang menghalang abang, hang kena clear kan bagi senang abang nak jalan" 

When I heard 5rz cakap macam tu, gelak je Ayu. Masa acara merenjis pun 5rz and I dok bagitau kat Fauzi suruh wat ape and all. Hehe rasa kelakar plak. 

Tapi, syukurla semua pun dah selesai alhamdulillah. =)

{From Ayu with ♥}

Friday, November 4, 2011

Wedding Review (Majlis Reception)

Sekitar majlis reception, tak ada apa yang lain dari yang lain. Semuanya biasa2 saja. Kami sampai dewan 15 min awal which is something that we all suka sebab most of other weddings, pengantin selalu datang lambat sebab jam la etc. So, within 15 mins tu, dapatla kami relax2 kejap sementara tunggu masa nak berarak. 

The feeling masa tu memang berdebar la sebab tak tau nak jalan perlahan/laju mana bagai but alhamdulillah all went well. Selesai berarak, naik pentas dan majlis dimulai dengan bacaan doa. Selesai bacaan doa, MC (who also my aunt) bacalah sejarah perkenalan kami yang baru Ayu draft on that morning juga. Ha terror tak semua buat last minute? Hue hue hue. :p 




After that, terus kami mam beradab. Serius Ayu tak boleh nak mam dengan selesa sebab ramai nak ambik gambar (ceh perasan diva plak) Tak kenyang pun mam beradab tu walaupun lauk pauk yang ada depan mata sangat la menyelerakan. That morning, I only had 2 spoons of nasi lemak. Itu pun disuap oleh my friend, Niza time Ayu tengah di make up kan. Then, mam beradab tu pun bukannya Ayu habis. 


Sementara nak tunggu nasi dan lauk dihidangkan. I know, I nampak pondan due to the make up. Huwaaaa =(



Lepas mam beradab, acara potong pulut kuning. Memang Ayu request for pulut kuning instead of kek. After the pulut kuning cutting tu, naik balik pelamin untuk acara merenjis. Tapi dalam acara merenjis ni, both our parents tak dapat nak merenjis sebab memang dah plan awal2 dulu, both parents tak akan tinggalkan main entrance untuk sambut tetamu dan ucapkan terima kasih untuk tetamu. So, kami pilih keluarga terdekat saja untuk merenjis.




Sementara menunggu acara merenjis


I know what we laughing at. My wan belah my dad membebel kot time ni

Selesai merenjis, we both turun untuk salam tetamu. Alhamdulillah ramai kawan2 Ayu and 5rz yang datang memeriahkan majlis. Suka sangat sebab dah lama tinggalkan zaman study, wedding la tempat nak jumpa2 balik. Tapi tula. Being a bride tak boleh lama2 nak gossip. Gossip sikit2 tu boleh la. Hehehe. 


Some of kawan course 5rz time Diploma & Degree 

Both of our friends time high school. Didn't I told you we both in the same class?

Same goes with this one. Kawan sekolah kami berdua
Alamak lupa la nak korek gambar kawan course Ayu. Sorry. =(
 
ps://Selamat Hari Raya Aidiladha semua.

{From Ayu with ♥}

Monday, October 31, 2011

Wedding Review (Reception's Make Up)

Assalamualaikum.


Pagi on 15 Mei, bangun and terus text my MUA. My MUA, kak Zunny, Ayu ambik package sekali dengan butik. Actually before this dah selalu chit chat dengan dia melalui facebook. And sebenarnya dah set time dengan kak Zunny. Ayu dah cakap Ayu sanding at 1300 hours and kak Zunny said akan datang around 1100 hours. Pagi tu Ayu bangun and rasa macam lambat la plak kalau kul 1100 pagi nak sampai. So, that's why first thing first in that morning, Ayu reconfirm balik dengan kak Zunny. After text-ed her, Ayu mandi. Lepas je keluar dari toilet, kak Zunny dah muncul. Cepat dan pantas! Me loike!

Then make up, make up bla bla bla. Honestly, I hate my make up! Please jangan buat andaian yang bukan2 dulu k? Actually make up ok just dia buat make up Ayu nampak gelap. Ayu ni bukanla putih sangat pun tapi that bedak yang dia tepek dekat muka Ayu tu memang hitam dari kulit asal Ayu. Mula2 masa dia make up kan Ayu, dia and Ayu tak sedar pun muka jadi a bit darker. Ayu sedar bila dah nak ke dewan. 


Kak Zunny juga touch up kan 5rz

Supposedly 1300 hours berarak tapi alhamdulillah, kami sampai dewan at 1245 hours. Duduk dalam bilik VIP dulu. Dalam bilik tula Ayu masuk toilet and tengok how disaster my make up was. Nak touch up balik memang tak sempat la. Dalam hati Ayu dah menangis dah. Sedih muka jadi macam tu. Last2 redha je. Lina sempat cakap 

"Nyah senyum nyah. Jangok dok wat muka cam tuh! You dah x leh nak ulang dah hari ni!"


I asked my OP to snap my pic dalam toilet ni sebab nak tengok my make up dalam gambar macam mane. Huwaaaa =(

Ayu terpaksala senyum dalam paksa. Sebab dalam hati den ni ha rasa 'oh buruknye den!' Bila atas pelamin, Ayu senyum je. Dah Lina keep on telling me to smiled. 

Bila time bersalaman dengan tetamu plak, Ayu slalu cakap macam ni

"I know I know. Make up tak lawa. Nampak gelap."

But I know, some of them nak jaga hati Ayu je. So diaorang pun cakap make up ok. Sabar jela. Seriously memang Ayu tak berkenan sangat2 dengan make up reception. Ayu nampak macam pondan! 

Ayu tak pergi outdoor pun sebab dah malu nak berjalan dengan make up yang macam pondan! Plus dah penat juga la. After reception, balik rumah and terus bersihkan make up dulu. Then off we went to home stay yang 5rz dah sewa untuk family dia dari Penang. Masa dekat home stay tula adik 5rz cakap pasal make up Ayu. Adik 5rz cakap make up ok just the powder that the MUA used tu a bit darker and why did she coloured my kening warna coklat? Bila Ayu tgk gambar balik baru terperasan kening Ayu coklat. Duh! Buruk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tapi kan, despite of the bad make up tu, kak Zunny still bertahan dengan sikap cerewet Ayu. Like for example, kak Zunny nak pakaikan tudung dekat Ayu dengan cara yang Ayu tak pernah pakai. Like Siti Nurhaliza tu tapi Ayu tak selesa. So, I told her yang Ayu tak mau and I want to wear it my way. 


It shown on my face that I don't wanna wear the tudung like Siti or who-so-ever!

Selesa memakai tudung dengan cara yang biasa Ayu pakai walaupun biasa2 je gayanya =)


About this butik, I'll story later. Not everything about the boutique was bad, a lot of it was good in terms of services. But later on that ya? Ingin diingatkan disini, the make up saje yang Ayu rasa bad. In fact bukan bad. It just dia salah letak warna bedak dekat muka Ayu. But bila kena spot light, better. Alhamdulillah. But not all the time I have to depends on the spot light kan sebab nak kena salam tetamu lagi etc. Plus, the make up stayed until the reception ends. Means the make up not so bad at all. That's all about my so-not-satisfied-make up-review! 


After reception, the make up stayed but look how pondan I was! Ke korang rasa ok je? Ayu je yang ngade2?

{From Ayu with ♥}

Thursday, October 27, 2011

Mimpi Pelik

Sudah 2 malam saya bermimpi perkara yang sama. About me being pregnant. First night mimpi tu biasa2 je tapi yang second night mimpi tu Ayu rasa macam jelas.

Mimpi First Night.

Adib, my younger brother keluar dari bilik doktor (orang masuk bilik doctor tapi dalam mimpi dia keluar plak) and then the doc said

"Insya-Allah, tak lama lagi awak akan jadi uncle"

So maknanya Ayu la yang akan pregnant. Tapi mimpi tu Ayu tak bagitau sape pun even to 5rz.

Mimpi Second Night.

Ayu ke klinik untuk check (tak taula nak check apa. Tetiba dah ada kat klinik) Then dapat doctor laki check2 Ayu. I think check biasa2 je kot. Suddenly I said

"Doctor, saya pregnant ke?" Tak paham nape Ayu tanya soalan pregnant sedangkan Ayu ke klinik bukan nak test untuk pregnant.

Doctor tu senyum je sambil kasi kertas macam resit suruh bayar kat kaunter. Ayu pun rasa pelik la sebab awat la doctor tu senyum je. Cakap la kalau pregnant, pregnant. Kalau tak, takla. Ni dia senyum je.

Bangun pagi tu pergi kerja macam biasa tanpa cerita pun dekat 5rz. Sampai office baru texted him and he just replied to me

'Amin....'

Macam tu jela cerita mimpi pelik ku. Haha ntah pape ntah entry ni kan?

{From Ayu with ♥}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...