Monday, November 2, 2020

Berpantang Anak ke 3 & Fazrina Postnatal Care.

Assalamualaikum.

Again anak baru masuk 2 tahun semalam, aku baru nak up story ni. Kekeke.

Berpantang kali ni sama je macam sebelum2 ni cuma yang ketara, ketiga-tiga pantang, semua dengan tukang urut yang lain2. Kali ni I decided nak upah CL yang boleh stay in sekali. Senang. To be honest, I nak tukang urut yang time I pantang anak kedua dulu, Adam. I memang suka dengan urutan aunty Zie which happens to be kawan mak satu mengaji. Tapi aunty Zie x stay at home melainan kalau jauh2 dia boleh kalau nak stay. So nak x nak, I upah CL jela yang boleh duduk sekali. Lagipun bila I compared harga, CL tambah sikit je dengan aunty Zie. Aunty Zie dtg pagi sampai habis kerja dalam pukul 1 atau lepas Zohor. Ada CL yang stay in senang.  Waktu kerja dia dari pagi sampai kita dah habis dinner. Kira pagi petang ada orang nak uruskan mandi pakai for me & the baby. Kalau aunty Zie, dia hanya sediakan waktu pagi saja. Kira macam treatment half day je. So, tambah sikit je dah boleh dapat more, why not? Kali ni I x nak susahkan my mom la pulak. Dulu time Faris & Adam, my mom & MIL la masakkan untuk I gilir2. Mostly my mom la since I stay rumah my mom. My mom pun dah x berapa larat nak berdiri lama, so I ambik package yang boleh masak, stay in terus. Tapi I minta izin my mom & ayah juga since CL tu nanti akan tumpang rumah mak ayah. Kenalah minta izin. 





I start survey for CL pun dah lambat sebab time tu I memang busy dengan workload la & x larat pun ye walaupun search guna hp je pun. Haha. So, my 1st choice waktu tu ialah Natalis Mothercare. Then dia kata dh full for November 2018 (my EDD). So, I search for other CL. Dapat review elok from Fazrina Postnatal. Harga pun ok so proceed tanya available ke x. Alhamdulillah ada jugak rezeki. So confirm, then make depo RM 500 utk booking slot. RM 500 kalau x silap I. Ke RM 300? Entah lupa dok peram cerita lama sangat. Balance payment kena settle time the first day CL mulakan tugas nanti.


Tapak kaki lambat surut kali ni. Sock ni I pakai time pantang since Adam lagi. Mak kasi pinjam tertiba aku x pulang2 since pantang Adam dulu. Hehe. 

Tiba hari yang dinanti, CL datang dengan husband Kak Rina (owner Fazrina Postnanal) Husband Kak Rina just bagi penerangan pasal CL. Bagus jugak macam tu sebenarnya. Dia siap cakap kalau nak CL jaga baby time malam so that kita dapat rest pun boleh cuma esok pagi tu kita pun kena faham la yg CL akan penat so, kasi masa untuk dia rehat lama sikit. Actually nak jaga baby waktu malam x termasuk dalam scope kerja dia tapi dia boleh buat cuma kita pun kena faham2 lah. Orang berbudi, kita berbahasa. Sebelum tu pun I ada tanya kot2 boleh ke CL tolong masakkan makanan husband & anak2 sekali & CL tu ok je. Itu pun bukan job scope dia & no extra charge. Itu kira kerja dia buat ikhlas tapi yela kita pun janganlah dok suruh2 melampau sangat.

Anyway, CL datang pada hari ke 4 I bersalin. I memang purposely suruh dia datang that day. Lepas husband Kak Rina dah hantar Kak Lis (nama CL I) tu, I ajak dia & my husband ke pasar untuk beli barang basah. Senang sikit dia tau apa nak kena beli. 5rz bayar je. So Kak Lis beli barang dapur untuk masak seminggu. Siap barang dapur untuk husband & anak2 nak makan sekali. I tunggu dalam kereta jela time ni.

Rutin berpantang awal pagi pukul 7 pagi dah start. Awal ok. Pukul 7 aku dah turun bawah dengan baby sekali. Mula2 aku bf baby then baby akan lelap balik. Sementara baby lelap, I buat sauna dulu dalam 30 min. Lepas sauna, I akan mandi herba. Herba2 semua CL dah sediakan siap2. Lepas I mandi, I siap2. Sementara I siap2 tu, CL mandikan & uruskan baby pulak (mandi, massage & tunku baby) Time CL buat semua tu, I pergi dapur for breakfast yang CL dah sediakan before tu. Senang je breakfast I. Milo cicah biskut je. Setiap malam CL ada jugak tanya esok nak makan apa? Aku senang, biskut cicah milo je. Time pantang memang berselera makan itu saja. Bila baby dah siap, aku bf balik baby sampai baby terlelap. So time ni CL akan siap2kan tempat nak urut, bahan2 nak masak tengah hari. Bila baby dah tidur, sesi berurut pun bermula. In between kalau baby nangis nak susu, stop lah kejap. Lepas dah berurut, bertungku. Then last sekali pakai bengkung & pilis. Ni kira habis dah la sesi half day tu. Tapi CL aku x habis disitu ye. Kak Lis terus masuk dapur siap2 nak masak pulak. Time ni, I akan rest sambil2 susukan baby. Bila dah siap masak, I makan. Then dah siap makan, time Kak Lis pulak rest solat & rehat2 je. Kalau dia x rehat, dia akan cuci baju or lipat kain. Cuci lipat kain pun hanya applied for baby & my baju saja tapi Kak Lis buat untuk semua. Baik kan? Alhamdulillah dapat CL yang baik & bagus. 



Ini antara masakan Kak Lis. Malas rotate sorry. 




Potong carrot siap ada bunga ha.

Time I pergi check up jaundice baby pun, CL boleh ikut. Senang sangat. Pantang anak ke tiga ni walaupun dengan CL, tapi I stress sangat sebab jaundice baby lama sangat sampai sebulan. Tapi oklah sebab x payah kena stay wad. But still. Letih hari2 kena ulang alik pergi klinik ambik darah. I pantang pun agak stress walaupun ada ambik khidmat CL. CL x salah dalam hal ni. Entahlah I macam fikir kenapalah jaundice baby makin naik. Padahal time pregnant dulu tiap2 malam I minum susu kambing. Bila kaji balik, my sister said sebab I suka soya pun penyebab jaundice. Time lunch memang I minum soya, then malam I minum susu kambing plak. So kira susu kambing tu macam x functional pulak. Ini kata my sister la. Betul x betul, entahlah. 

Fattah punya jaundice tu sampai kena pergi follow up ke hospital dah. Ni 1st time kena ni. Pergi hospital kena ambik darah & air kencing. Lagi I stress. Siap nangis2 dekat 5rz. Masa hari ke 27 tu, I tunggu 5rz balik kerja (time ni CL dah x de sebab I ambik package 1 week je) so I x nak susahkan my mom, I tunggu 5rz balik kerja. Malam2 pergi emergency then masa tu I dah start nangis2 dekat 5rz. I nangis sebab I x nak stay hospital & I x nak tinggalkan baby dekat hospital sorang2. Dah la pergi follow kes dekat HKL lagilah lembab. Sorry not sorry but no offence. Bila dah di transfer from emergency ke wad kanak2, Dr dekat wad kanak2 tu tengok baby & nasib baik dia kata baby x payah ditahan tapi kena datang esok untuk ambik darah & air kencing. Uhhhh time tu I lega sangat. Nasib baik. Terus I tersenyum. Haha. Settle semua dalam 1030 malam lah jugak. 

Muka dah senyum lepas dengar Dr kata x payah warded. Sebelum tu bukan main menangis dekat husband.

5rz pun time tu dah siap call adik dia boleh tolong nak tumpangkan anak2 I dekat rumah x kalau I or baby kena warded. ni dia nak call balik nak cakap x jadi. Serius I happy sangat bila dapat tau baby x yah warded.

Cut it short, esok tu I pergi HKL dengan my mom. Ambik darah & air kencing baby then balik. Lagi seminggu Dr bagi appointment card suruh datang review result. Alhamdulillah semua back to normal. Kira genap sebulan, jaundice pun gone. Tapi itulah. Sebulan berperang dengan emosi sebab anak jaundice walaupun within that time, macam2 jugak ikhtiar kami cuba. 

Actually I rasa Fattah susah nak turun jaundice dia maybe sebab dia seminggu baru berak. I pun macam pelik. Selalu new born kerap berak kan lagi2 kalau minum susu ibu. Ini seminggu sekali baru berak. I dengan husband dh check dekat klinik & hospital pasal hal ni & nasib baik Dr check & semua ok. Dr just suruh continue bf je. I pun ok kan jela. Fattah ni boleh dikatakan banyak kali kena cucuk nak ambik darah & I sedih & menangis kesian tengok dia nangis time kena cucuk tu. Dengan emosi aku x stabil lagi. Tapi nak buat macam mana kan? Kena hadap jela. 


Hari ke 17. Ngelat kejap ada wedding cousin. Time Adam pun aku ngelat adik kawin hari ke 13. Tapi aku duduk bilik VIP je rehat2. Husband mak ayah semua ada. Eh ni baby x bf eh. Aku peluk dia je sebab sejuk. Takut karang ada yg nak menumis bawang plak kang. 

Bengkung, socks all done. Pilis je haha. W/pun ada pilis lut sinar from minyak Anugerah tapi x pakai. Kuikuikui. Alhamdulillah all ok insya Allah.

I rasa itu jela yang I nak kongsi. 2 in 1 sekali. Rutin berpantang dengan review Fazrina Postnatal. Harga package yg I ambik untuk stay in for a week was RM 1650 back then. Kalau sekarang x tau lah. Kena check IG dia. Tapi I adalah kasi duit upah lebih untuk Kak Lis sebab dia x berkira buatkan kerja2 yang bukan dalam skop dia pun. For me, Kak Lis kerja semua ok. Urut pun ok je cuma I lagi suka aunty Zie berurut. Kak Lis urut best je cuma I lagi prefer aunty Zie, tukang urut time urut I pantang masa I bersalin Adam.


Cantik ok CL aku. Putih melepak. Nampak muda tapi anak semua dh besar2.

#takenbyfarisadha. Sebelum Kak Lis nak balik after a week jaga aku. Terima kasih Kak Lis & Fazrina Postnatal Care.


{From Ayu with ♥}

Thursday, October 29, 2020

Resignation Story.

Assalamualaikum.

Dah almost 2 years dah resign, baru sekarang nak publish. Dok peram lama sangat dalam draft. Ok story ni sebagai kenang-kenangan & untuk si Anon yang request story ni up dulu masa awal tahun 2019 dulu. Aku suspect si Anon ni budak office aku jugak ni. Tu sebab nak tau sangat kisah ni. Whoever you are la Anon tapi aku rasa, aku boleh agak-lah. Tak kisahlah labuuuu. 

Kalau korang ingat, dulu aku pernah tender in 2016. [Story here] Tender dalam 2 weeks je. Lepas tu masuk balik since company counter offer. Sebelum aku masuk balik tu pun, aku memang dah plan awal. Bila 2019 je aku nk quit sebab Faris nak masuk darjah 1. Selama ni memang anak2, family members je yang jaga. Ni bila dah pindah masuk rumah sendiri dekat Shah Alam, dah berjauhan dengan semua family members dekat KL. Kami memang x nak kasi orang lain jaga anak2. So, I decided to quit dengan redha suami jugaklah. Eh actually memang 5rz yang mula2 suruh I berhenti. Dia memang prefer aku duduk rumah jaga rumahtangga dengan anak2 je dari aku kerja. So begitulah ceritanya. Ok dah. Kahkahkah. 

Ok so, sebelum aku resign, memang aku dh settlekan semua hutang2 aku. Apa je yang ada? PTPTN je. Alhamdulillah both of us dah habis bayar PTPTN kami. So insya-Allah aku memang dah x de hutang apa2. Senang bila aku dh x kerja nanti, x delah susahkan 5rz nak settlekan hutang aku. Then, both me & my husband ingat nak menambah seorang lagi anak before I resign. Memang plan nak tambah anak in 2017 tapi aku cakap, relax dulu kasi kewangan stabil. Ceh macamlah kau plan terus menjadi je kan? Eh tapi anak no 3 memang cepat je. Kau plan, kau buat, melekat. Oppsss. Sorry kalau terlucah. Like 5rz pun terkejut time I tunjuk UPT hari tu. Bulan 2 dapat tau pregnant, November bersalin. Aaaa just nice nak resign in 2019. X berapa nice sangat sebab aku cuti bersalin 2 bulan tup2 terus resign. Siap tolak cuti berlambak lagi. Since my resignation ni memang dah plan 2 years before, aku memang kumpul cuti yang cukup. Company aku memang x boleh carry forward banyak2 pun tapi pandai2 lah kau plan. Aku kadang kena kerja Sabtu Ahad jaga exam, Orientation pun aku claim cuti instead of money. Lagi berbaloi. 

Sebelum cuti bersalin, aku risau juga kot2 department aku x jumpa pengganti aku yang better sikit sebab aku taulah yang aku lepas cuti bersalin je memang nk resign terus. So, kenalah cari pengganti yang elok terus. Alhamdulillah dapat pengganti yang memang elok. So aku start train her apa saja yang kerja aku sebelum2 ni.  

Then aku bersalin. Time dah sebulan berpantang, baru aku email resignation letter. Terus group whatsApp department aku buat emoji terkejut. Aku email ke Head of Department aku & cc HR je & I rasa HOD akulah tu yang sampaikan. I punya notice 2 bulan. Tolak sebulan lagi cuti bersalin yang I ada. Then suppose kena masuk another 1 month tapi itulah pentingnya banyak cuti. Tolak cuti je. Ikutkan I x perlu masuk offc lansung pun tapi I kena masuk untuk hand over kerja2 I sebelum ni je. Lengkap borang apa2 yang patut. Itu jela.

To be honest, I sayang company tu sebenarnya. Almost 8 years together memang sayang. Masuk company tu start dari hanya part timer saja sampailah ke pangkat sekarang (Oh well skrg pangkat suri rumah jela=BOSS! haha) Banyak yang I pelajari sepanjang I kerja di sana. Benefit company pun memang banyak & masyuk sangat. Husband pun cakap company I yang dulu, benefit memang bagus & banyak. Tapi itulah. Buat masa skrg, I bekorbanlah dulu untuk suami & anak2. 

So lebih kurang macam itu jela ceritanya. Ok Anon? Puas hati? Kahkahkah. Bawah ni serba sedikit gambar2 time aku bekerja dulu.

Kak Sai. Tempat bergaduh, meluah perasaan jugak. Ala rinduuuu





Tugas konvo yang terakhir bagi I. 2018. Time ni lagi sebulan nak bersalin anak ke 3.

Ini former boss I. Paling banyak belajar dengan boss ni. English boss I ni memang power rangers.

2 hari terakhir I dekat office. Settlekan apa2 yang patut. Kemaskan apa2 yang patut.

Anyway, boss ni pun dah resign from this company too.

Hari terakhir I di office. Last selfie di toilet. Hehe.

Work station yang dirindui. Tapi time ni dah ada orang take over since budak tu masuk time before I cuti bersalin lagi.





{From Ayu with ♥}

Monday, April 20, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum.

How are you guys doing? Cewah speaking plak. Apa cerita MCO (Movement Control Order) korang setakat ni? My family & I memang stuck dekat KL since school holiday lagi. Cuti sekolah yg lepas memang dah balik KL. Lepas tu on 18th March, government laksakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). 2 hari sebelum PKP dilaksanakan memang kebetulan I nak stock up barang dapur dekat rumah mak. So bila I beli barang basah hari tu, time nak bayar tu memang ramai ye orang. Semua pun macam panic buying. Time cuti sekolah hari tu, I di KL & husband di Shah Alam (rumah kami) since work place lagi dekat dengan rumah. Klu husband balik KL memang masaklah nk pergi kerja. So dia stay Shah Alam. Mulanya 5rz called juga tanya ada ke beli barang2 dapur? I cakap beli mcm biasa je. Bukan panic buy. Tiba2, 5rz balik kerja hari tu dia tanya nk stock apa untuk barang dapur dekat rumah Shah Alam. I dah mcm pelik. Kenapa nak panic buy? Dia explain dia bukan panic buy tapi kalau semua orang dah panic buy, turn kita nak cari barang2 dapur semua dh x de nanti. Begitu. Panic buy la jugak tu. So, I stock up dekat KL (since I dengan anak2 dekat KL) & husband stock up dekat Shah Alam. Esoknya bila last kerja sebelum PKP, 5rz sibuk nak balik KL. Dia nak work from home dari KL. Yela anak bini di KL, moh la ke KL. Alhamdulillah nasib baik jugak dia balik ke KL time tu since PKP phase by phase makin diperketatkan. Malam tu 5rz balik before 12 am sebab takut kena buat permohonan ke balai plak kalau dah masuk 18th March tu. So since then memang kami stuck di KL je. Harap rumah kami yg dah tinggal lama tu elok2 jela kehendaknya, amin.



Walaupun duduk rumah, I'm sure cikgu2 yg lain ada kasi homework untuk murid2 buat. Faris dengan Adam pun macam tu jugak. Faris kena masuk google classroom & ada certain homework dia yg kena print jugak. Adam punya homework pun kena print. Oklah. At least x delah duduk rumah saja. Terima kasih cikgu. Masih menjalankan tugas dalam waktu2 PKP ni. Yg masalahnya, pensil case dengan pensil colour semua I x bawak. Buku latihan pun x bawa banyak sebab mula2 ingat nak balik untuk cuti sekolah je. Pakai apa yg ada je dekat rumah mak ni. 5rz pun work from home jugak.




Me on the other note, makin banyak makan plak duduk rumah mak ni. Kuikuikui. Ada je benda nak makan. Lepas tu, since rumah mak ada macam2 bahan, ha buatlah kuih itu ini. Semua pertama kali. So far I buat kuih cucur, kuih cara manis & kuih apam kampung. Begitu bagitau dengan penuh bangga. Suka hati I la. Huhu.






Ini bukan pertama kali but somehow tidak berapa menjadi




Dulu sebelum PKP diperketatkan, I selalu restock barang basah dekat Rosyam Mart which operate 24 hours basis. Lepas tu, all supermarket kena beroperasi from 8 am to 8 pm, so terpaksalah aku beratur beramai-ramai but still apply kan social distancing. Kalau masa dia operate 24 hours tu, heaven je aku beli barang basah at  2 3 am. Time2 macam tu x ramailah orang. Less contact, less crowded & of coz less time consume. Tapi x pe. Kita akur je apa yang government kita arahkan. 

Ini time stock barang basah at 3 am. Heaven je x ramai orang.


At this time, aku rasa betul dah tindakan kerajaan jalankan PKP ni. It might be unfair to some people yg kehilangan kerja etc, yes memang kesian. Therefore, harap2 Covid-19 ni cepat2 reda, amin. Tapi pada pendapat aku, dah bagus dah kerajaan kita handle masalah Covid-19 ni. Cuba tengok golongan gelendangan dekat Malaysia. Siap kasi tempat berteduh. Of coz ada benda2 lain yg dibuat. Itu antara kes2 nya. Tanda kenang-kenangan, I letaklah beberapa gambar yang sempat I snap time PKP.



Ini yang paling recent which was last Saturday, 18th April. Beratur sampai ke basement. Berpeluh sangat time ni. Dengan mask lagi.

18th April 2020. Second store.

Untuk staf2 dibarisan hadapan pulak, banyak jasa korang. Banyak yang korang korbankan. Banyak lah staf2 barisan hadapan ni kalau nak disenaraikan. My MIL is one of the frontliner by the way. 



{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...